Salam Ramadhan Al-Mubarak

11:47 PM Mohamad Afiq 0 Comments

Assalamualaikum...

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
 (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Hari ni dah masuk hari ke-6 kita sebagai umat Islam berpuasa. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah kita. Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk hamba Allah. Semua jenis syaitan telah diikat pada bulan ini. So apa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ni bergantung pada diri kita sendiri. Sikit pun tidak dihasut oleh syaitan.

Di bulan yang mulia ni, elok la kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan memperbanyakkan amal ibadat kepadaNya. Tak semestinya kita nak buat amal ibadat tunggu pada 10 malam terakhir jer. Memang ramai yang mencari malam lailatul qadar, tapi kita sebagai hamba Allah tidak mengetahui bila malam lailatul qadar itu.





To all muslim, Happy Ramadhan Kareem :D Jom kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat pada bulan ini.


0 comments: